NADI X Keusahawanan-NADI Empowerher Live Webinar 30 (Operasi Perniagaan)

10 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Julai 2026, bermula pukul 11.00 pagi, seorang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Keusahawanan iaitu Live Webinar iaitu Operasi Perniagaan.

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek operasi perniagaan bagi membantu usahawan mengurus serta mengembangkan perniagaan dengan lebih sistematik. Program ini turut memberi pendedahan kepada strategi pemasaran yang berkesan dan pengurusan operasi yang cekap untuk meningkatkan daya saing perniagaan.

Bagi sesi operasi perniagaan, peserta didedahkan kepada asas pengurusan operasi, penyusunan proses kerja dan pengurusan sumber bagi memastikan perniagaan berjalan dengan lebih teratur. Program turut disertai dengan sesi perkongsian pengalaman, soal jawab dan perbincangan interaktif bagi membantu peserta memahami serta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam perniagaan masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali